Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 14 Disember 2020, 12.00 tengahari)
Nota: Saringan Lain-lain: Saringan berterusan bagi pengesanan awal jangkitan COVID-19 di kalangan komuniti
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 14 Disember 2020, 12.00 tengahari)
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 14 Disember 2020, 12.00 tengahari)
Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.
PERINCIAN KES
62 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (14 Disember 2020) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 56 kes adalah jangkitan tempatan dan 6 kes jangkitan dari luar Perak.
a) Daerah Hilir Perak (47 kes)
47 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 999 kes.
b) Daerah Kinta (8 kes)
5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Enggor. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Enggor adalah 361 kes.
3 kes dari saringan Influenza Like Illness (ILI). Punca jangkitan masih dalam siasatan.
c) Daerah Larut Matang Selama ( 7 kes )
5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan. Kes adalah jangkitan luar dari Perak. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Penjara Jalan Harapan di Perak adalah 5 kes.
1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok. Kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok adalah 1,000 kes.
1 kes dari saringan banduan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Perak)