SARINGAN ESPORT MOBILE LAGEND MUSIM 4

Laporan Aktiviti | 13 July 2026
Tarikh: 11 JULAI 2026
  Masa: 9.00 AM–2.00 PM
  Lokasi: NADI Kuala Kangsar
  Aktiviti: SARINGAN MOBILE LAGEND MUSIM 4

PERTANDINGAN E-SUKAN MOBILE LEGENDS @ NADI BUKIT CHANDAN

Alhamdulillah, Pertandingan E-Sukan Mobile Legends yang telah berlangsung pada Sabtu yang lalu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.

Sebanyak 4 pasukan telah menyertai pertandingan ini, iaitu:
🎯 Phantom Echo
🎯 Andika Perkasa
🎯 Kucing Jantan
🎯 Unique Falcons

🏆 Tahniah kepada pasukan Unique Falcons atas kejayaan muncul sebagai Juara Pertandingan E-Sukan Mobile Legends NADI Bukit Chandan.

Kemenangan ini melayakkan pasukan Unique Falcons untuk mewakili NADI Bukit Chandan ke peringkat seterusnya. Semoga terus beraksi dengan cemerlang dan mengharumkan nama NADI.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, penyokong serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Terima kasih atas semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.

📍 Terus ikuti laman Facebook NADI Bukit Chandan untuk mendapatkan maklumat mengenai program, aktiviti dan pertandingan menarik yang akan datang.

KLIK UNTUK GAMBAR AKTIVITI